Monday, March 29, 2010

KerJa rAsMi pErtAmaKu



Aku diberikan pilihan samada bekerja di restoren KFC atau sebagai Duta PBAKL. Dengar sahaja PBAKL aku terus membuat pilihan yang muktamad. Tanpa membuang masa, internet dilayari bagi mencari maklumat yang diperlukan. Cara memohon mudah sahaja. Hanya perlu menghantar maklumat diri kepada yang berkenaan. Seminggu sebelum PBAKL dilangsungkan, para pemohon dipanggil untuk sesi taklimat. Di awal pertemuan kelihatan seperti tidak mendapat sambutan. Namun, lama-kelamaan kelihatan ramai juga yang datang. Aku berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Mereka semua mesra. Taklimat ringkas diberikan dan kami diminta hadir awal pada hari pertama PBAKL nanti.
Kini, tibalah hari pertama PBAKL. Penyerahan baju, pas, dan juga direktori dijalankan dengan ringkas. Kemudian, pembahagian kumpulan dilaksanakan. Kumpulan TR2 ( Dewan Tun Razak 2 ) menjadi pilihan. Kebanyakan ahli kumpulan ini terdiri daripada budak-budak lepasan SPM. Hanya ketua kami sahaja yang tidak sebaya. Hmm, seronok pula apabila mengetahui bahawa ramai Duta PBAKL adalah sebaya. Tapi yang tidak seronok apabila ditanya tentang keputusan SPM. Fuhh...malas betul nak jawab. Maklumlah, ramai pula pelajar cemerlang di situ. Baiklah, kembali kepada kerja.
Hari pertama merupakan hari yang paling susah. Hahaha! Yelah, selama ini duduk je di rumah menghadap komputer. Tiba-tiba kena berdiri pula sepanjang hari. Pergh! Sakit gak la pinggang nie.

1 comment: