Thursday, January 21, 2010

kehilangan....

Pada 21 Januari 2010, jam 9.30 malam, sedang aku leka bermain internet tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita buruk. Salah seorang daripada rakan sekolahku dahulu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Beliau dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah. Ku sangka kemalangan jalan raya itu hanya memberikannya sedikit kecederaan. Malang, kemalangan itu telah membuatkan beliau koma. Niatku, ingin melawatnya di hospital pada 23 Januari 2010; tiba-tiba, jam 11.00 pagi, aku mendapat panggilan kecemasan daripada rakanku yang lain. Keadaan beliau semakin teruk. Aku membuat keputusan agar segera melawat beliau di hospital. Selepas waktu Zuhur, aku tiba di hadapan pagar utama hospital. Tanpa sebarang amaran, aku terima sms yang mengejutkan...'dye kat tmpat mayat'. Hatiku berdebar-debar. Bisik hatiku, ini hanyalah gurauan....yang melampau. Aku dipimpin oleh rakanku untuk melihat keadaannya sendiri...di tempat mayat. Allahuakbar, sms yang diharap sebagai gurauan rupanya benar. Aku diberitahu bahawa beliau disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, 22 Januari 2010. Jenazah beliau dikelilingi oleh sahabat perjuangan SBPISB yang lain. Salah seorang daripada mereka menangis teresak-esak. Mana tidaknya, menemani arwah sejak mendapat berita buruk ini. Sepanjang malam bersama dihospital dengan harapan arwah akan sedarkan diri. Namun, ajal dan maut ditentukan Allah. Sahabatku ini menangis setiap kali melihat jenazah arwah. Kami menunggu selama beberapa jam menunggu untuk hospital melepaskan jenazah. Selepas jenazah dimandikan dan dikafankan barulah dilepaskan. Kami tiba di kediaman arwah pada waktu Maghrib. Setiap yang hadir menunaikan solat Maghrib dan kemudian arwah disembahyangkan. Ramai kenalan arwah yang menziarahi kediamannya termasuklah beberapa orang wakil pelajar SBPISB dan guru-guru SBPISB yang pernah mengajar kami. Telah tiba saat arwah pergi ke kediaman barunya. Malang bagiku kerana tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Bertambah malang, aku terpaksa pulang tatkala arwah dibawa ke kediamannya. Hal ini kerana aku menumpang kenderaan rakanku memandangkan waktu malam tidak banyak perkhidmatan bas....


>Sebahagian daripada rakan seperjuangan yang datang melawat.



Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kehilangan ini.

Al-Fatihah buat arwah Lukman Hakim Zamalolaily....


Kenangan terakhirku bersama Lukman...

Saturday, January 16, 2010

Hari di KPTN....

16-17 January 2010...telah diadakan Karnival Pengajian Tinggi Negara. Mujurlah ada seseorang yang baik hati telah memberitahu perkara ini kepada saya. Maka, saya pun menjemputlah beberapa orang rakan saya agar menemani saya. Malangnya, kebanyakan daripada mereka terpaksa menolak atas sebab-sebab tersendiri. Daripada ramai-ramai kawan yang dijemput, hanya seorang sahaja yang menerimanya. Hal ini membuatkan saya bertambah gembira kerana orang yang sudi terima jemputan saya merupakan kawan lama yang sudah 2 tahun tidak bersua muka. Dengan ini, bermulalah perjalanan kami.

(to be ConTInued)

Thursday, January 7, 2010

lesenku...










Selepas program hari ini, maka aku akan mendapat lesen L untuk motosikal. Penat betul... kene plak tunngu 6 jam... tapi takpe... asal hidup pasti bahagia... shihihi

Monday, January 4, 2010

ahah...



Ahad, 3 Januari 2010;

Hari ni merupakan hari ujian komputer untuk mengambil lesen.

11:20 a.m : aku tiba di pusat ujian dan tunggu giliran
03:15 p.m : aku dipanggil untuk mengambil gambar

03:4o p.m : aku dipanggil pula untuk masuk ke bilik ujian. ujian tidaklah begitu sukar.

04:03 p.m : aku keluar daripada bilik ujian dengan hati yang senang. aku berjaya memenuhi syarat lulus ujian ini iaitu sekurang-kurangnya 42/50 markah.

Friday, January 1, 2010

Mesej Untukku dari ...

2010-01-01....

00:00 = Selamat tahun baru

00:08 = Amin...Smoga thun yg br m'dtg akn m'bw sejuta mkna n KEBERKATAN~..,

01:22 = YA ALLAH. Kau brilah km kptsn yg tbek. Ssgghnya Egkau Maha Pmurah. Stdk2nya Kau briknlh km lulus ya ALLAh n jgnlh Kau brikn kggln.sm0ga kjyaan mnnti kte.. INSYAALLAH..

01:27 = Jika HATI sejernih AIR, jgn biar ia keruh, Jika HATI seputih AWAN, jgn biar ia mendung. Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dgn IMAN. SLMT MNYMBUT TAHUN BARU. Smga thn ini lbh baek dr yg sblmnya.

01:37 = Satu ingatan b'mksd, aku RINDU pdmu.. satu snyuman b'mksd aku kasih pdmu..satu panggiln b'mksd aku SAYANG pdmu..dan satu SmS b'mksd aku xkn M'LUPAKANMU..

01:44 = I can appreciate coffee without susu...
Night without lampu...
Curry without lembu...
Ham burgers without keju...
But, Not relationSHip without U!!!;-)

01:48 = >IVMV 6NVhVS
VhVS VMVHVq
nHV.I. >IVMV
>IVU VhVS

xleh read kn?
SO, stEp 1-tngk kiri, step 2-pusing kNan n t'blikkn fOn kaMu 2 ke ats!
Slmat m'cuBa..

02:01 = just
to
let
you
kNow
tHat

...

i'm
missiNg
u

...

..:i!i!i:.,.:i!i!i:..
(i!i !i!)
'+ +'
'+:,:+'

for you !
Prince

02:09 = This is a cute luv story..
Girl : Am I pretty?
Boy : No...
Girl : do u want 2 live wif me?
Boy : No...
Girl : Will u cry if i leave u?
Boy : No...
The girl start 2 cry...the boy pulled her closed 2 him n said...
"u r not pretty, but pretties, i don't want 2 live wif u, but i live 4 u. if u leave me, i won't cry but i die"

23:08 = kESusahAN & keSENanGAn adALah laKSAna muSIM DIngin bASAh & lEMbab tiDAk diSUKai inSAN. teTaPi seSudAH mUSim seJUk iTULah tuMBuh BUNga2 yaNG haRUm & bUAh-bUAhaN yANg sUBUr.

THAT'S ALL FROM ...