Friday, November 27, 2009

EID ADHA

Pada 10 Zulhijjah 1430, bersamaan 27 November 2009, umat Islam seluruh dunia menyambut Eid Adha.
Eid Adha pada tahun ini disambut di pertengahan SPM. Malanglah bagiku kerana terpaksa pulang ke rumah. Aku tahu jika aku pulang ke rumah sudah pasti buku akan terbiar dan habuk akan menebalkan kulitnya. Walaubagaimanapun, aku cuba untuk mengurangkan habuk tersebut walaupun sedikit. Mujurlah ada beberapa orang rakan yang sudi membantu mengurangkan habuk tersebut.
Sambutan pada tahun ini tidak begitu meriah sebagaimana sambutan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Tapi bersyukurlah kerana pada tahun ini aku masih lagi panjang umur untuk menyambutnya.

Thursday, November 26, 2009

PERGH.....hahaha...

Melangut, termenung dan sebagainya... itulah yg kami buat ketika menunggu ketibaan bas... pelbagai ragam dipamerkan oleh rakan-rakanku...

Jo sempat study...(alaa, bajet la.../ bagus la dia ni ) ....

uih...dah lambat ni.... pukul 9 malam dan bas masih tidak kelihatan.... lantas Amir berkata "pak cik, ini sumpah tak lawak"....dia mengulang beberapa kali....

Amir dah frust. Lalu dia....

........TIDUR........

Hafiz juga sudah tidak mampu menahan ngantuknye.......






HAHAHA, akhirnya, setelah menunggu selama beberapa jam sejak pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam, kami semua terpaksa pulang tanpa menaiki bas...(ngan mak bapak or teksi la kot)... Inilah cerita terakhir (pasal balik naik bas) pada zaman persekolahanku...

Sunday, November 8, 2009

INTERVIEW D.Q.






Alhamdulillah, pada 7 November 2009, ana bersama sahabat-sahabat ana telah dipanggil oleh pihak Darul Quran (DQ) untuk proses temuduga.