Thursday, January 21, 2010

kehilangan....

Pada 21 Januari 2010, jam 9.30 malam, sedang aku leka bermain internet tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita buruk. Salah seorang daripada rakan sekolahku dahulu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Beliau dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah. Ku sangka kemalangan jalan raya itu hanya memberikannya sedikit kecederaan. Malang, kemalangan itu telah membuatkan beliau koma. Niatku, ingin melawatnya di hospital pada 23 Januari 2010; tiba-tiba, jam 11.00 pagi, aku mendapat panggilan kecemasan daripada rakanku yang lain. Keadaan beliau semakin teruk. Aku membuat keputusan agar segera melawat beliau di hospital. Selepas waktu Zuhur, aku tiba di hadapan pagar utama hospital. Tanpa sebarang amaran, aku terima sms yang mengejutkan...'dye kat tmpat mayat'. Hatiku berdebar-debar. Bisik hatiku, ini hanyalah gurauan....yang melampau. Aku dipimpin oleh rakanku untuk melihat keadaannya sendiri...di tempat mayat. Allahuakbar, sms yang diharap sebagai gurauan rupanya benar. Aku diberitahu bahawa beliau disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, 22 Januari 2010. Jenazah beliau dikelilingi oleh sahabat perjuangan SBPISB yang lain. Salah seorang daripada mereka menangis teresak-esak. Mana tidaknya, menemani arwah sejak mendapat berita buruk ini. Sepanjang malam bersama dihospital dengan harapan arwah akan sedarkan diri. Namun, ajal dan maut ditentukan Allah. Sahabatku ini menangis setiap kali melihat jenazah arwah. Kami menunggu selama beberapa jam menunggu untuk hospital melepaskan jenazah. Selepas jenazah dimandikan dan dikafankan barulah dilepaskan. Kami tiba di kediaman arwah pada waktu Maghrib. Setiap yang hadir menunaikan solat Maghrib dan kemudian arwah disembahyangkan. Ramai kenalan arwah yang menziarahi kediamannya termasuklah beberapa orang wakil pelajar SBPISB dan guru-guru SBPISB yang pernah mengajar kami. Telah tiba saat arwah pergi ke kediaman barunya. Malang bagiku kerana tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Bertambah malang, aku terpaksa pulang tatkala arwah dibawa ke kediamannya. Hal ini kerana aku menumpang kenderaan rakanku memandangkan waktu malam tidak banyak perkhidmatan bas....


>Sebahagian daripada rakan seperjuangan yang datang melawat.



Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kehilangan ini.

Al-Fatihah buat arwah Lukman Hakim Zamalolaily....


Kenangan terakhirku bersama Lukman...

1 comment: