Friday, November 27, 2009

EID ADHA

Pada 10 Zulhijjah 1430, bersamaan 27 November 2009, umat Islam seluruh dunia menyambut Eid Adha.
Eid Adha pada tahun ini disambut di pertengahan SPM. Malanglah bagiku kerana terpaksa pulang ke rumah. Aku tahu jika aku pulang ke rumah sudah pasti buku akan terbiar dan habuk akan menebalkan kulitnya. Walaubagaimanapun, aku cuba untuk mengurangkan habuk tersebut walaupun sedikit. Mujurlah ada beberapa orang rakan yang sudi membantu mengurangkan habuk tersebut.
Sambutan pada tahun ini tidak begitu meriah sebagaimana sambutan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Tapi bersyukurlah kerana pada tahun ini aku masih lagi panjang umur untuk menyambutnya.

1 comment: